Lebih 2,000 penduduk di sekitar Kampung Pemberian, Kuala Krai, Kelantan menerima manfaat daripada pembinaan jambatan konkrit oleh kerajaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pembinaan Jambatan Pemberian yang sudah dibuka kepada pengguna sejak Oktober 2021 itu menelan belanja hampir RM30 juta.

Datuk Seri Mahdzir yakin pembinaan jambatan tersebut mampu meningkatkan keselamatan selain memudahkan pergerakan penduduk sekitar.

Menurut beliau, jambatan besi sedia ada sebelum ini sentiasa ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh menyebabkan banyak kampung terputus hubungan.

Beliau merasmikan Jambatan Kampung Pemberian, Kuala Krai, Kelantan.

Jambatan itu menghubungkan penduduk Kampung Pemberian dengan kampung-kampung sekitar iaitu Kampung Sungai Chepa dan Kampung Ragu untuk ke laluan utama Kuala Krai- Gua Musang melalui Kampung Manjor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini