Pandemik COVID 19 memberi kesan yang signifikan kepada pekerjaan dan pendapatan rakyat. Sehubungan itu, Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (atau Jamin kerja) akan menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan RM4.8 bilion.

Inisiatif ini diharap dapat menurunkan kadar pengangguran kepada 4 peratus dan mencapai tahap guna tenaga penuh.

Selain itu, inisiatif Malaysia Short term Employment Program atau Mystep akan diteruskan. 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak ditawarkan merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam Syarikat berkaitan Kerajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini