Pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya menjana kira-kira RM7 bilion   jumlah nilai kredit menerusi 121 inisiatif Program Kolaborasi Industri (ICP).

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, daripada nilai ICP itu,  RM2.6 bilion adalah kerja MRT dilakukan di negara ini.

Program ICP bagi projek MRT juga membuka peluang pekerjaan kepada lebih 4,200 individu di samping memberikan manfaat kepada lebih 300 syarikat tempatan sehingga kini.

Ujarnya,  ia menunjukkan kebolehan dan kejayaan syarikat tempatan dalam membangunkan industri rel dan tren tempatan.

Tambahnya, MRT laluan Putrajaya dan Cyberjaya terletak dalam fasa ke- 2, dan dijangka siap pada Januari 2023.

MRT Laluan Putrajaya yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya meliputi jajaran sepanjang 56.2 kilometer dan mempunyai 36 stesen, untuk kedua-dua fasa, bermula dari stesen  Damansara ke Putrajaya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis meraikan penyempurnaan ICP: Pengilangan Tren Elektrik di bawah Projek MRT Laluan Putrajaya, di Depoh MRT Serdang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini