Kerajaan Johor akan memperkenalkan pelbagai bantuan pasca banjir bagi meringankan beban penduduk terjejas di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, penduduk terjejas tidak perlu bimbang kerana bantuan akan disalur secara berperingkat mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara Kompleks Sukan Pagoh di Muar.

Beliau turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Negeri Terlibat Banjir Fasa 1 dan Bantuan Wang Ihsan Johor sebanyak RM1,500 kepada wakil setiap keluarga terjejas banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini