Orang ramai tidak perlu bimbang status halal ayam yang diimport bermula bulan ini, kerana kerajaan hanya mengambil bekalan daripada loji pengeluar diiktiraf oleh tiga agensi yang memantau dan mengeluarkan sijil halal.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan,Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, tiga agensi berkenaan ialah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Seri Dr Ronald merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan Ke-36 di ibu negara. Beliau berkata, langkah mengimport ayam, hanya untuk sementara waktu, dan akan dihentikan sebaik bekalan ayam di pasaran mencukupi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini