Orang ramai dan penduduk sekitar Lumut, Perak diminta untuk tidak cemas sekiranya mendengar bunyi tembakan Jumaat ini, kerana ia adalah latihan oleh Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (Paskal).

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat memaklumkan latihan praktikal Menyelamat Tebusan bagi Kursus Tempur Jarak Dekat Paskal itu akan diadakan di sekitar simpang empat Bukit Permata, Jalan Teluk Muruh, Lumut bermula pukul 10.30-minit pagi hingga 11.30-minit pagi.

Orang awam dinasihati agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak berasas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini