Polis mengesahkan kejadian tular jambatan di Kampung Kuala Dura, Hulu Terengganu, Terengganu yang rosak ditengelami banjir.
 
Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Rohaimi Md Isa, bahagian teknikal Jabatan Kerja Raya negeri sedang membuat penilaian sebenar peratusan kerosakan dan kebolehgunaan Jambatan tersebut.
 
Orang ramai diminta tidak mendekati lokasi berkenaan. Datuk Rohaimi membuat tinjauan banjir di Kampung Tanjung Putat daerah Hulu Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini