Polis mengesahkan gambar Jalur Gemilang yang digantung terbalik di beberapa kawasan di Johor yang tular di media sosial ketika ini adalah gambar pada tahun 2016.Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, pihaknya memandang serius insiden penghinaan terhadap bendera Malaysia sama ada digantung secara terbalik atau digunakan bagi maksud yang tidak sewajarnya.Tindakan undang-undang akan diambil mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan , Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini