Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengingatkan Harimau Malaya Jangan Lena diulit ‘pujian’,sebaliknya  Teruskan Melawan Buru Kemenangan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemu dengan para pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan menjelang saingan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ujar beliau, Meskipun Harimau Malaya mencatat dua kemenangan dalam dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Brunei dan Hong Kong, prestasi pemain perlu lebih dipertingkatkan.

Beliau juga mengingatkan semua pemain memperbaiki segera kelemahan dan jangan memandang rendah pasukan lawan.

Harimau Malaya dibawah bimbingan Kim Pan Gon akan menghadapi tugasan lebih penting dalam Kelayakan Piala Asia 2023 bermula Rabu menentang Turkmenistan disusuli Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini