Larangan makan banyak di Korea Utara! Itu perintah dikeluarkan, Kim Jong-un yang mengarahkan rakyatnya mengurangkan makan sehingga 2025.

Perintah berkenaan dikeluarkan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan yang berpotensi mewujudkan krisis kebuluran di negara berkenaan. Masalah itu dikaitkan selepas keputusan Korea Utara menutup semua sempadannya dan mengharamkan kemasukan bahan mentah dari China sejak pandemik COVID-19.

April lalu, pihak berkuasa Korea Utara telah memberi amaran kepada rakyatnya agar bersedia menghadapi keadaan ekonomi yang paling teruk. Keaadan itu dianggap lebih teruk daripada krisis kebuluran pada 1994 hingga 1998 yang membunuh berjuta-juta orang.

Sumber dari Radio Free Asia memberitahu, peristiwa itu jugalah menyebabkan Kim Jong-un memberi arahan agar rakyatnya bersedia menghadapi situasi itu sekurang-kurangnya empat tahun lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini