Anggota tentera tidak layak menyarung uniform pasukan sekiranya terbabit dengan perbuatan tidak bermoral. Demikian kenyataan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.Beliau mengulas laporan berhubung seorang lelaki yang melakukan aksi lucah dengan memakai seragam tentera yang tersebar di media sosial baru-baru ini. Pihaknya akan mengambil tindakan jika perkara itu benar dan mana-mana anggota yang melakukan aksi itu tidak layak untuk memakai uniform pasukan ATM. Video berdurasi lebih empat minit dikesan dihantar dalam kumpulan WhatsApp pesara tentera sebelum laporan polis dibuat di Seberang Perai Utara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini