Jemaah haji yang berpeluang menunaikan ibadat wukuf di Arafah perlu menyibukkan diri dengan melakukan pelbagai ibadat wajib dan sunat, serta tidak membuang masa dengan berswafoto atau bersembang kosong.Itu nasihat daripada Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah.Katanya, bukan tidak boleh berswafoto atau berbual-bual namun ia perlulah berpada-pada kerana waktu wukuf sangat singkat, bermula waktu zohor hingga terbit fajar (subuh) keesokan harinya.Justeru, jemaah tidak harus membazirkan peluang yang ada.Hari Wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah iaitu 10 Ogos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini