Pengundi yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai hak untuk memilih kerajaan pada masa hadapan. 

Mereka juga berhak diberi peluang untuk menjadi pemilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. 

Justeru, jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan pihak tertentu yang cuba menyekat golongan muda mengundi dengan mencadangkan supaya PRU15 diadakan secepat mungkin amat tidak wajar. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini