Kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya kini mencatat seramai 139 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata, jumlah itu melibatkan 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan kesemua yang dikesan positif adalah hasil saringan yang dilakukan terhadap 946 individu di sekolah tersebut.

Mereka terdiri daripada 849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas setakat 3 petang semalam.

Kesemua kes positif itu kini dalam keadaan stabil dan kesemua mereka adalah kategori 1 dan 2A.

Kategori 1 merujuk kepada mereka yang tidak bergejala, kategori 2A mempunyai simptom ringan dan kategori 2B adalah bergejala ringan yang teruk dan akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Kesemua kes positif itu akan dirujuk ke PKRC Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini