Varian COVID-19 Omicron kian merebak di Indonesia apabila jumlah kes positif meningkat kepada 318 kes selepas 57 orang lagi dijangkiti virus itu.

Ia membabitkan 50 jangkitan import dan tujuh jangkitan tempatan.

Kebanyakan kes dikesan terhadap pengembara sudah lengkap divaksin yang pulang dari Turki dan Arab Saudi.

Manakala 4.3 peratus daripada yang dijangkiti mempunyai komorbiditi seperti diabetes dan hipertensi.

Memandangkan peningkatan kes, kerajaan Indonesia menghalang pelawat dari 14 negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Norway, Perancis, Angola, Zambia, Zimbabwe, Malawi, Mozambique, Namibia, Eswatini, Lesotho, United Kingdom dan Denmark.

Jumlah COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 4,265,187 setakat 7 Januari dengan 518 kes baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini