Usaha berterusan wajar dilaksanakan bagi membangkitkan semangat kemerdekaan terutamanya bersama penduduk di kawasan kampung.

Jabatan Penerangan Negeri Perlis menerusi Program Jelajah Semarak Sepakat Bersama Komuniti untuk terus menyemarakkan semangat cintakan negara.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Azrul Hasan memaklumkan, sebanyak 12 program kemerdekaan bersama masyarakat dilaksanakan dan diteruskan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Program bersama komuniti turut berperanan mendorong generasi belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.

Beliau menyatakannya pada Program Jelajah Sepakat @ Komuniti di Kampung Baru Felcra Ulu Pauh bersama ADUN Pauh, Rozieana Ahmad bagi menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini