Jabatan Alam Sekitar, (JAS) Johor masih menunggu laporan daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berhubung kewujudan tapak pembuangan sisa toksik haram di negeri itu.

Pengarah JAS negeri, Dr. Mohd Famey Yusoff berkata, siasatan akan dibuat sebaik laporan diterima. JAS Johor juga masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai lokasi tapak tersebut.

Terdahulu, Ketua Pengarah MYSA Azlikamil Napiah memaklumkan, Johor, Selangor, Pahang dan Perak dikenalpasti antara negeri yang mempunyai banyak kawasan dijadikan tempat pembuangan sisa toksik secara haram.

Ia berdasarkan cerapan imej satelit secara berkala oleh MYSA, susulan tragedi Sungai Kim Kim, tiga tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini