Penyanyi Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu I’m Yours, iaitu Jason Mraz akan bertandang ke Malaysia pada 13 Mei depan untuk menjayakan konsert jelajahnya, Good Vibes. Konsert yang dijangka mendapat sambutan hangat itu bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, mulai jam 8.30 malam. Difahamkan, konsert bulan depan adalah persembahan ketiga Jason Mraz di negara ini.
Utama Spotlight