Penduduk yang berada di kawasan rendah serta berhampiran pantai juga diminta sentiasa peka dengan keadaan cuaca serta ombak besar yang melanda ketika ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abdul Rashid berkata berdasarkan ramalan Met Malaysia mendapati angin kencang serta ketinggian ombak mencecah 4.5 meter dijangka melanda negeri itu sehingga Isnin.

Beliau ditemui selepas melakukan rondaan di pantai Seberang Takir, Kuala Nerus.

Orang ramai dinasihatkan menjauhi pantai berikutan peralihan Monsun Timur Laut masih belum berakhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini