Pemantauan terhadap usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sedang dilakukan bagi membantu kelangsungan perniagaan mereka. Inisiatif itu terus dilaksanakan melalui jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi baru-baru ini.

Jawatankuasa Khas itu diketuai Ketua Setiausahanya, Datuk Suriani Ahmad. Jelas beliau, pihaknya akan memastikan proses permohonanan dana dan pembiayaan usahawan berjalan lancar.

Hasil dapatan jawatankuasa itu akan diserahkan kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Pihaknya akan sentiasa melakukan penambahbaikan agar bantuan atau dana yang diberikan kerajaan sampai kepada golongan sasar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini