Kerajaan Johor membentuk Jawatankuasa Khas bagi meneliti dasar-dasar sosial dan ekonomi pasca Covid-19 di negeri itu.
 
Jawatankuasa dianggotai Ketua Pembangkang, Wakil-Wakil Rakyat Pembangkang, Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan serta Ketua-Ketua Jabatan Agensi Persekutuan dan negeri berkaitan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri komited mendengar pandangan wakil-wakil rakyat pembangkang menerusi sesi-sesi taklimat dan perbincangan dibuat pada masa akan datang, termasuk gerak kerja Kerajaan Negeri merangka Belanjawan Johor 2022.

Beliau berkata demikian pada Sesi Penggulungan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini