Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) diwujudkan semula. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ia bagi mempertingkat dan memartabatkan sistem perundangan syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Othman Mustapha yang merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu.

Kerajaan yakin dengan kewibawaan mereka yang dilantik untuk berusaha, menjalankan kajian dan memberikan cadangan akan memberi impak positif kepada penambahbaikan dan transformasi institusi mahkamah syariah negara. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini