Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Pig Farming Area (PFA) akan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik 374 lot tanah pusat penternakan babi di Chuah, Port Dickson, pada 20 November.

Sesi libat urus berkenaan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pemilik tanah mengenai langkah terbaik yang boleh diambil bagi menyelesaikan permasalahan PFA yang berlanjutan sejak 22 tahun lalu.

Menurut EXCO Negeri Sembilan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek, sekiranya pemilik tanah mahu meneruskan penternakan babi, mereka perlu mematuhi segala syarat yang ditetapkan.

Antara syarat tersebut memastikan penternakan babi dijalankan secara teknologi moden dan tertutup selain ia dilengkapi sistem pelepasan sifar.

Pembangunan PFA sebelum ini telah diwujudkan pada 1992 oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pusat ternakan babi seluas 713 hektar di Kampung Baru Tanah Merah Site A dan di Bukit Pelandok.

Lot tanah itu telah dijual kepada penternak babi yang berminat.

Bagaimanapun, pada 1999, tragedi Virus Nipah telah melanda kawasan itu sehingga menyebabkan ratusan kematian penduduk memaksa operasi penternakan babi serta pembinaan infrastruktur PFA pada waktu itu dihentikan.

Pada 2006, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan kawasan penternakan babi berpusat di Zon A tidak dibenarkan untuk penternakan babi kerana tidak mematuhi pembangunan PFA.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini