Mereka yang terjejas banjir di Wilayah Persekutuan yang kehilangan dokumen
pernikahan, boleh memohon gantian dokumen baharu melalui Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) secara percuma.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, inisiatif itu adalah usaha untuk membantu meringankan beban mangsa banjir.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, permohonan tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa dan boleh berurusan terus dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan JAWI.

Katanya, selain sijil nikah, dokumen termasuk
Sijil Kursus Praperkahwinan dianjurkan JAWI yang musnah boleh dimohon semula secara percuma.

Malah, graduan Darul Quran JAKIM juga  boleh memohon semula sijil atau diploma pengajian yang rosak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini