Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa berkolaborasi bersama agensi berkaitan keselamatan bencana banjir khususnya mengenai ramalan cuaca termasuk kenaikan paras air, cerun bahaya dan keadaan jalan yang terputus akibat banjir.
 
Kerjasama bagi memudahkan operasi menyelamat dan penyaluran bekalan barangan makanan kepada mereka yang terjejas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata kesemua maklumat itu penting bagi memastikan anggotanya dapat memantau segera bencana.
 
Lokasi berisiko di seluruh negara dikenalpasti melibatkan Pahang, Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, tahun ini, negeri lain tidak terkecuali diancam banjir termasuklah Kedah.

Lima helikopter dan pasukan dron membantu pemantauan banjir. Beliau menyatakannya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 dan Penyampaian Sijil 30 tahun Perkhidmatan di Alor Setar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini