Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat berada dalam keadaan optimum sepanjang musim Monsun Timur Laut yang melanda negara ketika ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jabatan itu juga dalam keadaan berjaga-jaga berhadapan fenomena air pasang besar di kawasan pantai barat Semenanjung.

Hampir 5,000 operasi sepanjang musim Monsun Timur Laut telah dijalankan dengan kira-kira 7,000 anggota dan 438 aset digerakkan ke negeri-negeri dilanda banjir.

Beliau menyifatkan keberadaan Wira Merah di setiap lokasi merupakan kelegaan kepada rakyat dan berdoa pasukan bomba terus diberi kekuatan untuk memberi khidmat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini