272 lokasi di seluruh negara, berisiko banjir.

Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) mengenalpasti kesemua lokasi berkenaan, berikutan paras air yang mudah meningkat.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kesemua lokasi berkenaan melibatkan sungai, persisiran pantai, air terjun dan tali air.

Jelas beliau, penilaian risiko dibuat dan tindakan diambil bagi mengawal risiko bencana.

Menurut beliau lagi, lokasi-lokasi berkenaan telah dipantau JBPM sejak September lalu, namun disebabkan taburan hujan di luar jangkaan pada 18 hingga 20 Dis lepas di sembilan daerah di Selangor, telah menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terbatas. 

Kira-kira 66,000 anggota telah ditempatkan di sembilan daerah, antaranya Sepang, Hulu Langat, Gombak dan Sabak Bernam bagi kerja-kerja menyelamat mangsa banjir.

Dalam perkembangan lain, JBPM dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi dan Agensi Pengurusan Bencana Negara akan mempergiatkan pemantauan berterusan khususnya fenomena alam yang kerap berubah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini