Tiada istilah ‘Pilih Kasih’ dalam membantu dan menyelamatkan penduduk terjejas banjir. Demikian ditegaskan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid,  apabila diminta mengulas dakwaan, kononnya pasukan penyelamat memilih kasih dalam membantu dan menyelamatkan nyawa.

Bercakap pada sidang media di Shah Alam, Datuk Seri Mohammad Hamdan mendedahkan, banjir turut menjejaskan ratusan kediaman anggota bomba. Namun demi tugas, mereka yang terjejas banjir sanggup mengetepikan kesusahan dialami, demi melaksanakan tugas menyelamatkan orang ramai yang turut terkesan akibat bencana ini.

Sikap anggota bomba yang mementingkan keselamatan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri, menjadi nilai teras, yang dipupuk dalam perkhidmatan, selain tanggungjawab serta amanah terutama ketika bencana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini