Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor diletakkan dalam keadaan lebih bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana atau banjir kilat sehingga pertengahan Februari.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, lebih 20 kawasan melibatkan beberapa daerah di Selangor dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan berlakunya banjir kilat.

Tambahnya, segala kelengkapan logistik di Air, Darat serta udara bersedia diaturgerak bagi menghadapi situasi luar jangka.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran sempena musim perayaan Tahub Baru Cina 2022 di Aeon Mall Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini