‘Usah diganggu harimau yang terluka’.

Kegagalan mempertahankan gelaran Piala Malaysia 2021 nampaknya mengejutkan kelab JDT daripada tidur yang lena.

Perkara itu diakui pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberitahu bahawa kelabnya akan tampil dengan wajah baharu dengan rombakan besar-besaran pada kempen musim depan.

Jelas baginda, kekalahan 2-0 kepada Kuala Lumpur City FC pada aksi final Piala Malaysia Selasa lalu merupakan satu ‘pengajaran’ buat kelabnya.

Kegagalan dalam kempen Piala Malaysia diibarat seperti satu cabaran buat mereka dan ia bakal menjadi alasan terbaik untuk merombak pasukan dengan melepaskan beberapa pemain serta membeli pemain baharu pada musim hadapan.

Malah, Tunku Mahkota Johor itu juga mengakui terpaksa melupakan hasratnya untuk berehat pada musim depan, sebaliknya akan terus memastikan skuad Harimau Selatan bangkit lebih cemerlang.

Justeru, bagi merealisasikan misi tersebut, baginda menjelaskan JDT akan menjalani latihan pra-musim di Dubai dan Abu Dhabi dengan beraksi menentang beberapa kelab tempatan dan juga Eropah di sana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini