Tiga jaringan dalam tempoh 15 minit separuh masa pertama memastikan JDT melangkah penuh bergaya ke final edisi ke-100 Piala Malaysia.

Penyandang juara Piala Malaysia itu menang dengan agregat 4-1, selepas membenam Terengganu FC 3-0, pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

JDT tidak menunggu lama untuk meraih gol pertama apabila ayam tambatannya, Bergson Da Silva menendang masuk ke kiri gawang Terengganu untuk JDT mendahului 1-0.

Berselang tiga minit kemudian, Gonzalo Cabrera berjaya menjaring gol kedua hasil larian laju Arif Aiman Mohd Hanafi yang mengumpan bola kepada Mohd Afiq Fazail dan menghantar kepada Bergson sebelum dia mendada bola kepada Cabrera.

JDT terus menambah derita Terengganu pada minit ke-14 menerusi jaringan Bergson Da Silva.

Terengganu cuba merapatkan kedudukan namun beberapa percubaan tepat ke sasaran berjaya diselamatkan penjaga gol JDT.

Memasuki babak kedua permainan, kedua-dua pasukan tampil seimbang sehingga wisel penamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini