Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah slot ke suku akhir Piala Malaysia 2021 selepas menewaskan Sabah FC 3-0 pada aksi keempat Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan itu menjadi pasukan kedua melayakkan diri ke pusingan kalah mati  selepas pendahulu Kumpulan C, Melaka United FC.

Pada aksi tersebut, JDT yang menang 2-0 ke atas Sabah pada pusingan pertama di Kota Kinabalu, Jumaat lepas, tetap mempamerkan aksi bertenaga sepanjang permainan.

Skuad kendalian Benjamin Mora itu pantas menghukum kealpaan benteng pertahanan The Rhinos menerusi Leandro Velazquez pada minit keenam.

JDT terus menggandakan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan Begson Da Silva pada minit ke-33 sebelum pemain Brazil itu melengkapkan gol ketiga pada masa kecederaan babak kedua.

Keputusan itu menyaksikan JDT yang muncul juara edisi 2019, mengungguli tangga teratas dengan 4 mata manakala Sabah jatuh ke tangga terakhir dengan 2 mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini