Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol bagi memperkuat skuad itu untuk saingan musim ini.

Tiga pemain tersebut bakal diperkenalkan oleh JDT pada esok.

Menurut Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JDT hari ini, pemain terbabit juga akan membantu skuad itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

Jelas beliau, JDT akan akan mengumumkan dua pemain baharu esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pramusim.

Minggu lepas, skuad Harimau Selatan mengumumkan penyertaan pemain import baharunya iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A Itali, selain kemasukan bekas pemain Selangor Syahmi Safari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini