Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Peluncur Alpine, Jeffrey Webb berasa teruja diberi tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang pada majlis pembukaan yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari di Stadium Nasional Beijing.

Penyertaan beliau adalah kali kedua selepas edisi 2018 di PyeongChang, Korea Selatan manakala Aruwin adalah atlet wanita pertama mewakili negara di temasya berkenaan.

Jeffrey kini di Amerika Syarikat dalam fasa akhir persiapan sebelum terbang bersama jurulatih Ryan Shorter ke China hujung bulan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini