Bintulu, di situlah lokasi bermulanya projek lebuhraya Pan Borneo, iaitu dari pakej Simpang Nyabau ke Simpang Bakun. Kini jajaran Bintulu-Miri laluan dua hala dengan empat lorong sepanjang 43 km itu menawarkan perjalanan yang selesa kepada pengguna sekitar.

Sebagai pelengkap, Jejambat dari Batu 5 ke  Sungai Tagap, dan persimpangan Nyabau  menyuraikan trafik dari laluan Tatau ke Bintulu dan Miri ke Bintulu.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf jejambat tersebut merupakan yang terpanjang di Sarawak iaitu lebih 1.2 kilometer dan sudah mencapai fasa akhir pembinaan. Ia akan melalui proses audit sebelum dibenar dibuka kepada orang awam.

Bagi penduduk, Jejambat Bintulu ini bakal memberi kelebihan kepada pengguna jalan raya khususnya di laluan Pan Borneo. Jejambat yang dijangka siap dibina hujung bulan ini mengalami sedikit kelewatan setelah terjejas akibat pandemik COVID-19. namun kerja penurapan akhir sedang berjalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini