Program RIUH-Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memulakan jelajah di lokasi pertama di Arena Warna, Ayer Hitam, Johor.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Haji Che Roslan Che Daud berkata, RTM memainkan peranan sebagai rakan media bagi mempromosi program itu bertujuan memperkasa semula industri kreatif dalam negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Riuh Ek! Bersama Unifi di Ayer Hitam, Johor. Antara pengisian menanti pengunjung termasuk persembahan seni dan muzik, bengkel kreatif serta gerai makanan dan minuman.