Jemaah haji yang tidak melepasi saringan ujian PCR atau dijangkiti COVID-19 sebelum berlepas ke tanah suci akan dijadual semula penerbangan selepas pulih atau disahkan negatif dari wabak berkenaan.

Pada masa sama Jemaah yang masih menunggu tarikh penerbangan dinasihatkan menjaga kesihatan sebelum ujian PCR dijalankan.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan penerbangan terakhir musim haji pada 4 Zulhijjah dan berharap semua bakal jemaah yang menerima tawaran akan memperoleh keputusan negatif COVID-19, sebelum tarikh tersebut.

Sehingga kini jemaah Malaysia berada dalam keadaan sihat dan tiada kes kritikal yang memerlukan rawatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini