Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan penginapan sepanjang berada di tanah suci. Ini kerana kebersihan juga sebahagian daripada ibadah selain menjamin kesihatan Jemaah dalam persediaan ke masya’ir.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman kempen membudayakan kebersihan yang telah dimulakan pada 2017 di masya’ir telah menjadi contoh kepada Negara lain serta mendapat kepujian Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi. Beliau bercakap pada Majlis Kempen Kebersihan Maktab di Abraj Al-Janadriyah.