Jemaah haji Malaysia akan mula memasuki Mekah secara berperingkat. 295 jemaah haji yang bertolak dari Madinah menerusi tujuh buah bas, mereka merupakan rombongan haji yang pertama pada 4 Jun lalu.

Tiga bangunan penginapan iaitu Bangunan Abraj Al-Janadriyah, Land Premium dan Qasar Al-janadriyah disediakan Lembaga Tabung Haji, TH untuk menempatkan 14,306 jemaah haji di Mekah.

Ketiga-tiga bangunan penginapan mempunyai unit khidmat pelanggan, klinik, wad rawatan awal, unit bimbingan ibadah dan kaunseling bagi kemudahan jemaah. Bangunan Abraj Al-Janadriyah, turut menempatkan Ibu Pejabat TH yang merupakan operasi pentadbiran keseluruhan di Tanah Suci.

Jemaah tidak perlu bimbang dari segi pengurusan kemasukan ke maktab dan jadual kerana ia diuruskan sepenuhnya oleh TH.     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini