Satu lagi kumpulan Jemaah haji selamat tiba di Mekah dari Madinah malam tadi.

Kumpulan 287 jemaah penerbangan KT08 itu bertolak pada pukul 2 petang dari Madinah dan tiba di hotel penginapan, Maktab 49 Qasr Al-Janadriyah kira-kira pukul 9 malam.

Ketibaan Jemaah disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, pengurusan dan petugas Tabung Haji serta wakil muassasah Tewafa Asia Tenggara.

Sehingga kini, 2,227 jemaah haji Malaysia telah tiba di Mekah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini