Jemaah haji Malaysia kini lebih bersedia untuk beribadah, dan dapat melakukannya dengan lebih selesa berdasarkan kepada peraturan baharu kerajaan Arab Saudi.

Pengarah Operasi Bimbingan TH, Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah berkata antaranya hanya mereka yang berihram dapat melakukan tawaf di kawasan berhampiran kaabah, secara tidak langsung mengurangkan kesesakan jemaah di kawasan tersebut.

Katanya hasil post mortem umrah dari beberapa kumpulan jemaah yang telah tiba, pemahaman tentang ibadah umrah dan haji juga semakin baik dan hanya melibatkan kekeliruan kecil, yang tidak membatalkan ibadah itu.

Beliau percaya antara lain persediaan awal seperti kursus di tanah air dan bantuan pembimbing ibadah di tanah suci juga antara faktor ibadah dapat dilaksanakan dengan lancar. Beliau berkata kepada pemberita di Mekah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini