Jemaah masjid dan surau di Johor dibenarkan merapatkan saf bagi solat berjemaah berkuatkuasa hari ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat berjemah tersebut turut diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Agama Islam Negeri. 

Kebenaran aktiviti pengimarahan masjid dan surau termasuk bagi kelas pengajian takmir, kuliah subuh, kuliah dhuha dan majlis zikir.
 
Majlis perkahwinan di masjid dan surau yang mempunyai dewan serbaguna turut dibenarkan.

28 Mac lalu, Johor membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau dengan cara merapatkan sejadah tanpa bersentuhan antara jemaah dalam fasa peralihan ke endemik.

Mohd Fared ditemui di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini