Pulau Pinang merekodkan 2,494 kes jenayah komersial yang membabitkan kerugian hampir RM78.87 juta bermula Januari hingga Oktober tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, ACP Mohd. Asmadi Yusoff berkata, peningkatan kes turut melibatkan jenayah dalam talian seperti Macau Scam, Love Scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan tawaran kerja palsu.

Kempen Pencegahan Jenayah Komersial giat dijalankan dalam usaha membanteras jenayah komersil di negeri ini.
 
Orang ramai diminta supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang promosi pelaburan di media sosial dan sebagainya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini