Jenazah penyanyi dan pelakon Allahyarhamah Adibah Noor Mohamed Omar, 51, selamat dikebumikan pada jam 11.31 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai.

Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan artis tampil memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak. Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah selesai dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini