Pelawak legenda, Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ab Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Kampung Jawa malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid sama dan dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9.50 malam.

Selain keluarga, beberapa teman rapat dan rakan selebriti Allahyarham turut kelihatan di perkarangan masjid dan tanah perkuburan.

Antaranya, Datuk Nash serta pelawak Sulaiman Yassin yang dikenali sebagai Mat Over.

Terdahulu, Allahyarham Hamid Gurkha yang berusia 89 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada 2.19 petang semalam akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini