Jenazah Lans Koperal Mohamad Azrin Mat Isa, 27 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Sungai Petani, Kedah. Majlis pengebumian jenazah selesai kira-kira pukul 2 petang. Lans Koperal Mohamad Azrin lemas ketika menjalani latihan taktikal Eksasais Para predator di Kampung Batu Bor, Bera, Pahang dan mayatnya ditemukan semalam.

Jenazah Allahyarham diterbangkan dari Temerloh ke Pangkalan Udara Butterworth dengan pesawat C130 TUDM. Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan Kampung Pinang Dalam kira Kira pukul 1.22 tengah hari dan disempurnakan dengan istiadat ketenteraan oleh Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Lapangan Terbang Sungai Petani.

Isteri Allahyarham, Nur Aqilah Syafiqa Safuan 22 tahun dan ahli keluarga turut hadir pada majlis pengebumian tersebut. Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Dalam sidang media beliau berkata, tentera darat menzahirkan penganugerahan pangkat secara posthumous kepada Allahyarham Mohamad Azrin dengan menaikkan pangkat Lans Koperal ke pangkat Koperal. Katanya, pemergian allahyarham kehilangan besar buat negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini