Jenazah Allahyarham Mamat Khalid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Paloh, Ipoh pada pukul 2.20 petang tadi.

Terdahulu, jenazah tiba dari kediamannya ke Masjid Sultan Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam untuk solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, rakan-rakan artis termasuk Datuk Awie, Datuk M.Nasir, Raja Azmi, Zul Ariffin, Bront Palarae dan Avaa Vanja.

Allahyarham Mamat Khalid, 58 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, selepas tidak sedarkan diri sewaktu membuat persembahan di restoran miliknya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini