Jenazah bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pengebumian dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kehadiran dihadkan kepada sebilangan ahli keluarga serta rakan terdekat.

Datuk Mokhtar, 78 tahun, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira 3 pagi tadi akibat pendarahan dalam otak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini