Jenazah Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 malam tadi, telah selamat disembahyangkan di Pangkalan TUDM Butterworth, Pulau Pinang.

Jenazah akan diterbangkang ke kampung halamannya di Muadzam Shah, Pahang untuk urusan pengebumian.

Manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dilaporkan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.

Beliau sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Sementara itu, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan ketika ditemui pemberita berkata, siasatan terperinci berhubung insiden akan dilakukan.

Pesawat pejuang Hawk 108 yang dinaiki dua mangsa terbabit terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, kira-kira pukul 10.07 malam tadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini