Jenazah juruterbang TUDM, Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Rompin, malam tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Pangkalan Udara Kuantan sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Taman Redan Perdana.

Pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan. Selain ahli keluarga, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan General  Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan bersama pegawai kanan TUDM turut hadir memberi penghormatan terakhir.
 
Selesai pengebumian, Leftenan Jeneral Mohd Asghar menyerahkan Jalur Gemilang kepada balu Allahyarham, Nurul Izzati Shari sebagai tanda penghormatan terakhir. Pesawat Hawk 108 terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, Selasa lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini